Skip to main content

REFUND POLICY

POLISI PEMULANGAN PEMBAYARAN DAN PEMBATALAN INBOIS MELALUI PAYMENT GATEWAY

1. Pembayaran yang telah dibayar melalui payment gateway tidak akan dipulangkan melainkan beberapa keadaan :

  • ●Pendebitan beberapa kali ke atas kad debit/credit pelangan/ akaun bank disebabkan kesilapan teknikal ATAU caj ke atas akaun pelangan adalah melebihi caj sebenar di dalam satu transaksi disebabkan kesilapan teknikal. Jika berlaku, lebihan jumlah tersebut tidak termasuk caj Payment Gateway akan dipulangkan semula kepada pelangan.
  • ●Pembayaran telah dicaj ke atas Kad Debit/Credit/akaun bank pelanggan tetapi pendaftaran kelas adalah tidak berjaya. Jika berlaku, lebihan jumlah tersebut tidak termasuk caj Payment Gateway akan dipulangkan semula kepada pelangan.

2. Pelanggan yang ingin membuat permohonan pembayaran balik perlu menghantar kepada kami no. transaksi berserta slip resit pembayaran dan perlu mengisi Borang Permohonan Bayaran Balik UMP Advanced dan emelkan semula borang tersebut kepada kami di finance@umpadvanced.edu.my.

3. Permohonan pembayaran balik akan diproses secara manual dan selepas disemak, jika permohonan tersebut adalah sah dan diluluskan, pembayaran balik akan dibuat melalui Pembayaran Melalui Pindahan Dana Elektronik. Pembayaran balik ini akan mengambil masa selama 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan dihantar kepada Jabatan Kewangan dan Pelaburan UMP Advanced.

4. Selepas pembayaran secara pindahan dana elektronik berjaya, pelanggan akan menerima pengesahan melalui sistem (yg dinyatakan di dalam Borang Permohonan Pembayaran Balik).

5. UMP Advanced tidak akan memproses Permohonan Pembayaran Balik kepada pelanggan/pelajar sekiranya:

  • ●Jika Borang Permohonan Pembayaran Balik yang dihantar adalah tidak lengkap, tidak tepat, tidak sah atau diserahkan lebih dari masa yang dibenarkan.
  • ●Permohonan Pembayaran Balik tidak diluluskan dan tidak disahkan oleh Jabatan bertanggungjawab.
  • ●Pelajar yang telah berjaya mendaftar kursus/program tidak dibenarkan untuk membuat Permohonan Pembayaran Balik.
  • ●Bagi Permohonan Pembayaran Balik yang tidak berjaya, pelanggan akan dimaklumkan melalui sistem.